MESKIPUN terpaksa membatalkan dua daripada tiga pulau buatan di bawah projek Pulau Pinang Selatan (PSI) iaitu Pulau B dan Pulau C pertengahan tahun lalu, namun Kerajaan Pulau Pinang nyata masih komited untuk meneruskan agenda mereka dalam membangunkan negeri itu. Kini, tumpuan diberi kepada projek pembangunan di Pulau A atau lebih dikenali sebagai Pulau Silikon yang berkeluasan kira-kira 931 hektar iaitu kurang separuh daripada keluasan asal yang dirancang, kira-kira 1,821 hektar…










