DALAM era digital yang serba canggih ini, media sosial menjadi sebahagian integral daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia. Platform seperti X, Facebook, WhatsApp, Telegram, TikTok dan Instagram memudahkan komunikasi, perkongsian maklumat dan penyebaran idea tanpa sempadan. Namun, dengan kemudahan yang ditawarkan, timbul juga ancaman seperti penipuan dalam talian dan penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa. Dalam usaha menangani cabaran ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mencadangkan pelaksanaan perlesenan platform media sosial. Langkah…










