DI bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan terus memperlihatkan komitmen jitu terhadap pengukuhan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Usaha ini adalah sebahagian daripada visi strategik untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu bersaing dalam landskap ekonomi global serta mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan ekonomi masa hadapan. Ini dapat dilihat bila Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024, pada 13 Oktober 2023 lagi sudah mengumumkan…










