MENURUT Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bekerja ialah melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai kegiatan (usaha, tugas dan sebagainya) bagi menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan serta lain-lain) sesuatu. Ia menjelaskan bekerja mempunyai hubungan antara tindakan dan kesan atau natijah daripada tindakan yang dilakukan. Seterusnya, apabila sesuatu tindakan dilakukan, tentunya melibatkan tenaga, fikiran dan emosi. Elemen yang menjadi tumpuan adalah untuk menghasilkan tindakan yang berkualiti. Seterusnya, tindakan itu…