TELUK INTAN: Jumlah pelancong ke Menara Condong di sini yang berkurangan mendadak selepas insiden sekumpulan individu mengibar bendera negara China, Oktober lalu, baru-baru ini kembali meriah dengan kunjungan orang ramai. Tinjauan mendapati Menara Condong kembali menjadi pilihan pelancong yang melawat bandar ini malah semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Ketika tinjauan kelmarin, ada lima bas dari Negeri Sembilan yang membawa pelancong melawat menara itu. Pelancong, Dayang Aslina Amim, 53, berkata, sebelum…