LONDON: Manchester United terus bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaik dalam musim ini apabila menjadi mangsa kepada Nottingham Forest yang menghukum tuan tumah 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam pada itu, kegembiraan Manchester City bertatih mencari rentak cemerlang tidak bertahan lama apabila anak-anak buah Pep Gurdiola sekali lagi berdepan dengan masalah mencari kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan Crystal Palace.
Liverpool pula masih mengekalkan kedudukan di puncak liga dengan kelebihan tujuh mata walaupun perlawanan menentang Everton di Merseyside terpaksa ditangguhkan ekoran angin kencang akibat ribut.
Penyerang United, Rasmus Hojlund meletakkan pasukannya kembali bersaing selepas menafikan jaringan Nikola Milenkovic pada awal permainan yang berlangsung di Old Trafford, namun tuan rumah dikejutkan dengan dua gol masing-masing daripada Morgan Gibbs-White dan Chris Wood sebelum Bruno Fernandes merapatkan jurang defisit gol.
Kemenangan itu membolehkan Forest menduduki tangga kelima liga manakala United di kedudukan 13 selepas dua kekalahan berturut-turut termasuk kepada Arsenal 2-0 sebelum ini.
“Perlawanan yang sukar namun kami perlu meneruskan tanggungjawab. Perjalanan ini sangat jauh, namun kami semakin baik dalam beberapa aspek. Kami perlu menang selepas ini untuk memperbaiki kedudukan pasukan,” kata pengendali United, Ruben Amorim. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Aston Villa 1-0 Southampton
Brentford 4-2 Newcastle
Cry Palace 2-2 Manchester City
Man United 2- 3 Nottingham Forest










