KL City 'tempang' tanpa Josue, Haqimi - Kuljanac 

KL City ‘tempang’ tanpa Josue, Haqimi – Kuljanac 

AKSI Ketika JDT berdepan KL City FC dalam aksi Liga Super minggu lalu di Stadium Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Miroslav Kuljanac menyifatkan ketiadaan pemain utama, Paulo Josue dan Haqimi Azim Rosli menjejaskan persembahan pasukan apabila tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, kelmarin. 

Katanya, kekurangan pilihan pemain di bangku simpanan yang mampu mengisi kekosongan itu juga memberi kesan lebih-lebih lagi lawan adalah juara Liga Super 10 musim berturut-turut yang bermain di hadapan ribuan penyokong di laman sendiri. 

“Ia menjadi pertemuan yang sukar kerana Josue dan Haqimi merupakan tonggak utama pasukan. Mereka bermain hampir semua perlawanan pada musim ini dan menjaringkan 16 gol secara keseluruhan. 

“Tambahan pula, kami kekurangan pilihan pemain di bangku simpanan bagi mengisi kekosongan itu. Jadi, bagi kelab kecil seperti kami, terpaksa menggunakan pemain yang ada bagi berdepan kelab yang mendominasi liga ini,” katanya.

Josue dan Haqimi, masing-masing dipanggil untuk memperkuatkan kem Harimau Malaya bagi kejohanan Piala ASEAN dan masing-masing berada dalam senarai kesebelasan utama dalam perlawanan pertama menentang Kemboja yang berkesudahan 2-2. 

Mengulas tentang perlawanan itu, Kuljanac berkata, KL City turun dengan gaya permainan bertahan kerana sudah menjangkakan pasukan tuan rumah akan memberikan tekanan kepada benteng pertahanan.

“Tidak ada apa yang boleh diperkatakan kepada pemain kerana mereka sudah melakukan yang terbaik. Mereka tetap berjuang dan menyerang dan berjaya mencipta peluang keemasan bagi mencipta jaringan,” katanya.

Dilema yang dialami KL City bertambah parah setelah kehilangan lagi dua pemain bagi menyertai Piala ASEAN yang sedang berlangsung ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN