ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri sekali lagi memohon kerajaan Persekutuan mempertimbangkan permohonan mengembalikan 20 peratus cukai yang dikutip dari negeri ini. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, permohonan itu selari dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebelum ini. Katanya, ia amat penting bagi memastikan rakyat Johor mendapat limpahan manfaat hasil negeri dan untuk memastikan pembangunan negeri dilaksanakan lebih komprehensif, demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang. “Sebagai contoh,…