Kalahkan Timor Leste

Kalahkan Timor Leste

PEMAIN skuad kebangsaan menjalani latihan di Wisma FAM, semalam sebagai persiapan menentang Timor Leste dalam saingan Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan selain mendapatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala ASEAN 2024 menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Itu pandangan bekas pemain skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir sekiranya pasukan bimbingan Pau Marti Vicente itu mahu kekal relevan dalam kejohanan tersebut.

“Sudah tentu kena menang sebab sekiranya mereka seri atau kalah, saya fikir teruklah. Bagi saya berapa jumlah jaringan itu tidak penting sebab skuad kebangsaan kena menang semua perlawanan selepas ini jika mereka nak muncul juara kumpulan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Harimau Malaya berpeluang melakar kemenangan besar terhadap Timor Leste selepas pasukan dibelasah 10-0 juara bertahan, Thailand di Stadium Hang Day, Hanoi kelmarin.

Dalam pada itu, Jamal tidak melihat keputusan seri 2-2 yang dicatatkan Harimau Malaya ketika menentang Kemboja pada aksi sulung di Phnom Penh Ahad lalu perlu diperbesarkan hanya disebabkan tuan rumah berada di ranking 180 dunia berbanding skuad kebangsaan ke-132.

“Bagi saya tiada masalah. Baru aksi pertama dan kita seri di tempat lawan dengan pemain yang kita ada, kita nak jangka apa lagi. Kita kena terima hakikat itu pemain terbaik yang kita boleh bawa, jurulatih tiada pilihan.

“Kita kena rasional dengan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi atau terlalu memandang rendah. Kita tak menang tapi kita tak kalah. Jangan tengok ranking, adakalanya pasukan ranking bawahan boleh kalahkan pasukan ranking di atas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN