MANCHESTER: Rasmus Hojlund menjaringan dua gol ketika membantu Manchester United mencatat kemenangan 3-2 ke atas kelab Norway, Bodo/Glimt sekali gus memberi kemenangan pertama di bawah kendalian pengurus baharu Ruben Amorim di Old Trafford. Sebelum itu, Alejandro Garnacho meletakkan tuan rumah di depan seawal permainan selepas penjaga gol lawan, Nikita Haikin melakukan kesilapan. Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Hakon Evjen bingkas menyamakan kedudukan pada minit ke-19 sebelum Philip Zinckernagel meletakkan…










