SAN SEBASTIAN: Pendahulu la Liga, Barcelona dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Real Sociedad walaupun berpeluang untuk mengikat kedudukan seri selepas jaringan kontroversi Robert Lewandowski di awal permainan dibatalkan.
Jaringan Sheraldo Becker seawal minit ke-33 mengundang kekalahan kedua gergasi Catalan itu dalam musim ini, namun skuad bimbingan Hansi Flick itu masih berkelebihan enam mata di depan pencabar tangga kedua liga, Real Madrid.
Sebelum itu jaringan gol Lewandowski mengundang kontroversi tentang kedudukan pemain Poland itu yang didakwa ofsaid.
Dia menjaringkan gol seawal minit ke-13, namun rakaman SAR mendorong pengadil perlawanan membatalkan jaringan itu.
Guillermo Cuadra Fernandez mendakwa Lewandowski osaid walaupun kedudukan pemain itu tidak berada di depan pemain pertahanan Sociedad, Nayef Aguerd.
Aksi pagi ini menyaksikan Barcelona menurun kesebelasannya tanpa pemain remaja, Lamine Yamal yang belum pulih kecederaan buku lali semasa beraksi menentang Red Star Belgarde dalam saingan Liga Juara-Juara minggu lalu.
The Catalan gagal menjaringkan gol buat pertama kali dalam musim ini ketika menentang pasukan tangga kelapan liga itu.
“Perlawanan tadi sukar malah Real Sociedad menekan kami dengan hebat. Kami belajar daripada kesilapan yang dilakukan,” kata pemain tengah Barcelona, Pedri kepada Movistar. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Real Betis 2-2 Celta Vigo
Mallorca 0-1 Atletico Madrid
Getafe 0-1 Girona
Valladolid 1-1 Athletic Bilbao
R Sociedad 1-0 Barcelona










