Bournemouth lebur rekod City

Bournemouth lebur rekod City

PENYERANG Bournemouth, Antoine Semenyo (kiri) meraikan jaringan gol menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Manchester City terpaksa akur rekod kemenangan 32 perlawanan sejak kalah kepada Aston Villa tahun lalu musnah selepas tewas 2-1 kepada Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini.
The Cherries tidak pernah mengalahkan City dalam 21 pertemuan kedua-dua kelab, malah mereka tewas 19 daripadanya, namun anak-anak buah Andoni Iraola mencipta kejutan mengecewakan penyandang juara itu yang sedang memburu gelaran kelima.
Bournemouth sebelum ini merosakkan impian Arsenal dengan kemenangan 2-0 dan mereka sekali lagi meletakkan tekanan kepada City.
Pengendali City, Pep Guardiola mendakwa, masalah kecederaan menjadi punca utama, malah sebelum ini tahap kecergasan pemain-pemainnya juga menyumbang selepas saingan Piala Liga di Tottenham, Rabu lalu.
“Kami mempunyai ramai pemain yang tidak cukup minit permainan dan sebab itu pasukan tidak seimbang. Hari ini kami tidak dapat mengawal intensiti permainan sebab itu kami tewas,” kata Guardiola. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Newcastle 1 (Isak 12) Arsenal 0
Bournemouth 2 (Semenyo 9, Evanilson 64) Manchester City 1 (Gvardiol 82)
Ipswich 1 (Davis 55) Leicester 1 (Ayew 90+4)
Liverpool 2 (Gakpo 69, Salah 72) Brighton 1 (Kadioglu 14)
Nottingham Forest 3 (Wood 27, Hudson-Odoi 65, Aina 78) West Ham 0
Southampton 1 (Armstrong 85) Everton 0
Wolves 2 (Strand Larsen 67, Gomes 72) Crystal Palace 2 (Chalobah 60, Guehi 77)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×