Jejak misteri di Marikh cetus spekulasi wujud kehidupan - Utusan Malaysia

Jejak misteri di Marikh cetus spekulasi wujud kehidupan

JEJAK misteri (dalam bulatan) yang ditemukan di Marikh. - NASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu lagi imej pelik ditemukan dalam arkib Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), dengan sesetengah pihak mendakwa ia mungkin menjadi bukti kewujudan kehidupan pintar yang bergerak di permukaan Marikh.

Imej itu dirakam kenderaan penjelajah  Curiosity NASA sejak 14 tahun lalu. Ia menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada Marikh pernah mempunyai keadaan yang sesuai untuk menyokong kehidupan mikrob.

Kenderaan berkenaan me­rakam imej itu lebih setahun lalu, pada 19 Mei 2025.

Imej berkenaan memaparkan permukaan Marikh yang berdebu, dengan bukit berbatu dan banjaran gunung, sekitar pukul 2.40 pagi mengikut Waktu Se­jagat Berkoordinat (UTC) di bumi.

Bagaimanapun, panorama itu turut memperlihatkan corak besar dan jelas pada permukaan tanah yang kelihatan seperti deretan kesan tayar.

Beberapa pengguna yang melihat imej NASA itu di media sosial berkata, kesan yang di­tinggalkan kenderaan penjelajah itu sama sekali berbeza de­ngan corak yang kelihatan dalam imej tersebut pada tahun lalu.

Dakwaan kenderaan NASA itu mungkin merakam bukti kewujudan peranti mekanikal yang bergerak di Marikh sema­kin mencetuskan spekulasi. Ia mencetus spekulasi selepas satu lagi imej yang dirakam ha­nya dua minit kemudian menunjukkan corak sama permukaan tanah dari sudut berbeza.

Keadaan itu menunjukkan corak berkenaan bukan dise­babkan gangguan kamera atau kesan pencahayaan.

Pada September 2025, NASA mengumumkan pertemuan tan­da paling jelas setakat ini me­ngenai kewujudan kehidupan mikrob purba di Marikh menerusi sampel yang dikumpulkan kenderaan penjelajah Perseverance.

Walaupun penemuan bersejarah itu diumumkan, agensi angkasa berkenaan dan Rumah Putih kekal menegaskan tiada tanda kehidupan luar bumi yang pintar pernah ditemukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×