13,766 pengguna AKSB terjejas, paip LRA Bukit Remah pecah - Utusan Malaysia

13,766 pengguna AKSB terjejas, paip LRA Bukit Remah pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kira-kira 13,766 pengguna Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terjejas selepas paip air mentah bersaiz 700 milimeter pecah menyebabkan operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, di sini terpaksa dihentikan.

Jurucakap AKSB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, kejadian itu berlaku susulan mendapan dan perge­rakan di kawasan loji tersebut ekoran hujan lebat berterusan.

“AKSB akan menggerakkan semaksima mungkin lori-lori tangki sedia ada untuk penghantaran bekalan air ke kawasan kritikal seperti hospital, klinik kesihatan, pusat dialisis dan lain-lain,” katanya.

Antara kawasan terjejas ialah sekitar bandar Tanah Merah, Hospital Tanah Merah, Kampung Sat Hulu dan Hilir.

Selain itu, Kota Harmoni, Kampung Pasir Panji, Tepi Su­ngai, Kenerak, Bechah Laut, Kelewek, Batu Hitam, Manal, Banggol Kemunting, Padang, Paloh, Bukit Panau dan Bendang Baru.

“Lain-lain kawasan terlibat, Jalan Jedok, Jalan Wan Ahmad, Padang Siam, Kampung Bukit Gading, Gual Ipoh, Kusial, Padang Che Minah dan Bukit Mas.

“Taman Sri Hawa, Kisana, Desa Impian, Desa Fajar, Desa Fatin, Guru, Tanah Merah, Ten, Jintan KB, Desa Rahmat, Jalan Banggol dan Jalan Banggol Jenerih,” katanya.

Jurucakap AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi terkini dari masa ke semasa menerusi saluran komunikasi seperti laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau boleh hubungi PINTAS di talian 15777 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN