Kepulangan KIP ditunggu peminat  

Kepulangan KIP ditunggu peminat  

Kehadiran semula Khairul Idham Pawi ke kancah Kejuaraan Motosikal Dunia pasti membuat ramai teruja untuk menyaksikan Grand Prix Malaysia Petronas 2024. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehadiran semula Khairul Idham Pawi atau lebih mesra dengan panggilan KIP ke kancah Kejuaraan Motosikal Dunia pasti membuat ramai yang teruja untuk menyaksikan Grand Prix (GP) Malaysia Petronas 2024 yang akan berlangsung pada 1-3 November ini di Sepang.

Semalam, Petronas Motosports menerusi platfom Instagram berkongsi satu video pengenalan memperkenalkan dua pelumba Malaysia yang akan beraksi di atas tiket jemputan (wildcard) dalam saingan Moto2.

Turut menemani KIP ialah Muhammad Helmi Azman yang akan tampil buat kali kedua berturut-turut, selepas tahun lalu, pelumba berusia 25 tahun itu menamatkan saingan Moto2 di tempat ke-23 daripada 31 pelumba.

Menerusi kenyataan yang dinyatakan di bawah video pengenalan tersebut, Petronas Motosports berkata, pihaknya teruja untuk mengumumkan dua pelumba ‘wildcard’ yang akan berakasi dalam Moto2 pada GP Malaysia adalah lain tidak bukan Khairul Idham Pawi dan Muhammad Helmi Azman.

Kedua-dua anak muda tersebut akan bernaung di bawah pasukan Petronas MIE Honda Racing pada GP Malaysia nanti.

MIE Racing merupakan sebuah pasukan yang diterajui warga Jepun, Midori Moriwaki dan memiliki latar belakang serta pengalaman luas bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.

KIP yang kini beraksi pada Kejuaraan Superbike Dunia dalam kelas Supersports pernah bergelar pelumba tetap dalam perlumbaan bagi kelas Moto2 dan Moto3.

Pencapaian terbaiknya pada Kejuaraan Motosikal Dunia ialah menjuarai GP Argentina pada 2016 sewaktu beraksi di dalam kategori Moto3 ketika usianya 17 tahun.

Anak kelahiran Perak berusia 26 tahun itu tampil buat kali terakhir dalam kejuaraan dunia pada 2020 dan selepas itu dia mengubah haluannya ke Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Bagi Helmi pula, dia kini bersaing dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) dan mendahului kategori 600cc setelah mengumpul 138 mata dan dijangka mampu mempertahankan gelaran diraihnya tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×