Indonesia hampir curi mata sebelum diikat Bahrain

Indonesia hampir curi mata sebelum diikat Bahrain

Indonesia mencatat keputusan seri 2-2 menentang Bahrain dalam pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia di Riffa pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIFFA: Indonesia hampir berjaya mencuri mata dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia selepas jaringan  pemain Bahrain, Mohamed Marhoon lapan minit sebelum wisel penamat mengikat kedudukann 2-2 dalam saingan Kumpulan C pagi ini.

Marhoon meletakkan tuan rumah di depan dalam aksi di Stadium Nasional Bahrain menerusi sepakan percuma seawal 15 minit perlawanan, namun pelawat tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi Ragnar Oratmangoen sebelum berhenti babak pertama.

Skuad Indonesia yang mengintai sejarah buat pertama kali untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 lebih banyak menguasai permainan pada babak kedua akhirnya mendahului permainan apabila Rafael Struick merobek gawang tuan rumah pada minit ke-74.

Pelawat dilihat seakan-akan memenangi perlawanan itu, sebaliknya hampa selepas Marhoon sekali lagi memainkan peranan pemusnah dengan jaringan penyamaan sebelum permainan tamat.

Keputusan itu membolehkan Bahrain berada di tangga keempat manakala Indonesia kelima. – AGENSI/UTUSAN

KEPUTUSAN

Jepun 2-0 Arab Saudi

Iraq    1-0 Palestine

Bahrain 2-2 Indonesia

UAE 1-1 Korea Utara

Oman 4-0 Kuwait

Qatar 3-1 Krygyzstan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN