Akmal Rizal masih terajui Penang FC

Akmal Rizal masih terajui Penang FC

Akmal Rizal Ahmad Rakhli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pengurusan Penang FC dilihat masih belum dapat memberi kata putus mengenai nasib pengendali pasukan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli buat masa ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Penang FC berkata, kenyataan rasmi mengenai keputusan penting dan drastik itu bagaimanapun hanya akan dibuat setelah beberapa aspek dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Katanya, ia susulan beberapa keputusan perlawanan yang tidak memuaskan oleh skuad Harimau Kumbang ketika ini terutamanya dalam aksi Liga Super.

“Sehubungan itu, satu mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan pada 21 Oktober (petang semalam) yang bertujuan membincang serta membuat beberapa keputusan penting dan drastik untuk masa depan Penang FC. 

“Dalam mesyuarat ini, beberapa perkara penting telah dibincang dan dipertimbangkan bagi memastikan kepentingan pasukan dan penyokong diutamakan. 

“Keputusan yang diambil ini secara khusus memberi tumpuan untuk mengukuhkan prestasi pasukan dan memulihkan komitmen pemain serta barisan kejurulatihan terhadap kecemerlangan di dalam dan di luar padang,” katanya.

Tambahnya, pengurusan Penang FC bagaimanapun ingin berterima kasih kepada penyokong yang masih tidak putus memberi sokongan kepada pasukan biarpun skuad Harimau Kumbang gagal memberikan persembahan yang baik musim ini.

Akmal sebelum ini berkata, dia telah cuba untuk memberikan yang terbaik ketika diberi tanggungjawab mengendalikan Penang FC dan kini terpulang kepada pengurusan kelab untuk membuat keputusan selanjutnya.

“Saya tahu penyokong-penyokong (Penang FC) juga kecewa kerana kita gagal lagi untuk menang di tempat sendiri selepas tiga perlawanan.

“Jadi, saya memohon maaf kepada setiap penyokong kerana kami bermain untuk mendapatkan mata, untuk menang dalam setiap perlawanan tetapi, keadaan sebaliknya yang berlaku,” kata bekas penyerang kebangsaan itu selepas menyaksikan anak-anak buahnya tumpas di tangan Sri Pahang 0-1, minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN