APAKAH ukuran sebenar kecemerlangan universiti? Kedudukan dalam ranking atau sumbangan kepada masyarakat dalam menghapuskan kesenjangan yang semakin meluas? Universiti di Malaysia memerlukan perubahan paradigma segera dalam ukuran kecemerlangan dengan melihat kepada peranannya yang semakin kurang kedengaran dan tidak menyerlah dalam kancah perubahan sosioekonomi politik dunia. Universiti tidak cukup dengan hanya menghasilkan pengetahuan tinggi, tetapi rendah dalam menterjemahkannya kepada penyelesaian menangani isu-isu semasa sosial yang semakin meruncing, kesan cabaran perubahan iklim…










