MUKADIMAH KEGUSARAN sesetengah pihak kononnya kewujudan DAP dalam kerajaan akan merencatkan keistimewaan Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepatutnya tidak lagi menjadi pertikaian kerana parti itu sudah pun mengiktiraf perkara asas Perlembagaan tersebut. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, SYAHREDZAN JOHAN memberi keyakinan parti itu tidak akan sesekali menyentuh perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia terbukti sepanjang pentadbiran Kerajaan…