PETALING JAYA: Persatuan Kriket Negeri Perlis (PKNP) dan Persatuan Kriket Perlis (PKP) disaran menyelesaikan isu pengiktirafan sebagai badan kawalan kriket yang sah di negeri itu secara dalaman. Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias menyarankan agar kedua-dua persatuan tersebut mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. “Untuk hal ini saya mengesyorkan agar kedua-dua pihak berbincang mengenai hala tuju sukan kriket di Perlis. “Ini masalah dalaman dan jika perlu…