Perancis terpaksa tagih khidmat Giroud

Perancis terpaksa tagih khidmat Giroud

OLIVIER Giroud mungkin menjadi pilihan jurulatih Perancis Didier Deschamps menggantikan Kylian Mbappe menentang Belanda. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEIPZIG: Aksi tumpuan Kumpulan D antara Belanda dan Perancis semestinya menjadi pertarungan tumpuan bagi menempah tempat ke pusingan ke-16 pada awal pagi esok.

Bagaimanapun, ketiadaan pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe mungkin memberi sinar harapan kepada Belanda untuk menggunakan kelebihan bagi meleburkan harapan mereka untuk memenangi perlawanan terbabit.

Belanda pastinya lega tidak berdepan ancaman penyerang berbisa dari Real Madrid itu susulan kecederaan patah hidung.

Pengendalinya, Didier Deschamps menjelaskan ketiadaan pemain berusia 25 tahun terbabit tidak melumpuhkan jentera serangan sebaliknya mahu beliau pulih secepat mungkin.

“Jelas sekali, pasukan Perancis masih sama walaupun ketiadaan beliau (Mbappe). Apa pun saya cuma berharap dia dapat beraksi,” katanya.

Terdahulu, Mbappe mengalami kecederaan patah hidung ketika Les Bleus menewaskan Austria 1-0 dan memerlukan topeng pelindung apabila kembali beraksi.

Perancis berkemungkinan akan meletakkan Oliver Giroud yang sudah berusia 37 tahun sebagai ganti dalam pertemuan dengan skuad Oranje.

“Saya tidak fikirkan diri saya ketika ini. Apa yang saya mahu ialah Mbappe cepat pulih dan saya fikir berkenaan pasukan juga. Dalam semua perlawanan, kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan,” ujar Giroud.

Giroud tampil menggantikan bintang baharu Real Madrid itu ketika menentang Austria dan beliau menjaringkan gol pada aksi persahabatan terakhir ketika menentang Kanada.

Untuk rekod, ini merupakan kejohanan utama kali ketujuh buat Giroud bersama Perancis serta rekod penjaring terbanyak negara terbabit sebanyak 57 gol. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN