Pahang lepas geram ratah Negeri Sembilan

Pahang lepas geram ratah Negeri Sembilan

FUZAIMEE SUKOR (kanan) dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Pahang menentang Negeri Sembilan bersama pengadil perlawanan, Faizshal Niaz-Lyn di Kajang Oval semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pahang melepaskan geram dengan meratah juara bertahan, Negeri Sembilan dengan sembilan wiket dalam aksi kriket antara negeri di Kajang Oval, semalam.

Meletakkan Pahang untuk memadang selepas memenangi undian, Negeri Sembilan berada dalam kedudukan tenat apabila berkedudukan 35-5 dalam 10 over sekali gus hanya berkemampuan mengumpulkan 157 larian.

Fuzaimee Sukor memastikan lawan lumpuh apabila mengetuk 63 larian tanpa tewas bersama ketua pasukannya, Adzim Yahaya yang kekal 46. Pahang melepasi angka Negeri Sembilan hanya dalam 17.5 over.

”Kami terlalu geram bagi menamatkan kegarangan Negeri Sembilan dan bersemangat untuk cemerlang dalam pusingan kedua September ini,” kata pengurus Pahang, G. Rasul Iqbal.

Tiga pasukan; Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor memiliki mata sama dan layak ke pusingan kedua aksi merebut Perisai Raja-Raja musim 2024.

Dalam satu lagi perlawanan, Perlis menumpaskan Perak dengan 11 larian. Apapun kedua-dua pasukan ini tidak mampu ke pusingan seterusnya. – UTUSAN

KEPUTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN