Kyrgyzstan sedia tambat Malaysia 

Kyrgyzstan sedia tambat harimau

SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan di Bishkek, semalam menjelang pertemuan menentang Kyrgyzstan malam ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Kyrgyzstan, Stefan Tarkovic akan mempertaruhkan skuad terkuat bagi memastikan tiga mata menjadi milik mereka pada aksi menentang Malaysia dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek, malam ini.

Tarkovic berkata, pemainnya sudah bersedia 100 peratus untuk menebus kekecewaan tumbang 4-3 pada pusingan pertama di Bukit Jalil, November lalu.

Tegasnya, Kyrgyzstan enggan mengambil risiko dengan mengharapkan keputusan perlawanan lain untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026, sebaliknya misi utama mereka adalah memburu kemenangan pada dua aksi terakhir Kumpulan D.

“Pertama sekali kami berada dalam keadaan terbaik dan kita sudah sedia menanti hari perlawanan. Kami bersedia dari segi mental dan fizikal.

“Kami bersedia sepenuhnya kerana ia penting bagi kami dan perlukan keputusan yang positif.

“Kita mahu menang dalam dua aksi terakhir iaitu menentang Malaysia dan Oman (12 Jun) bagi memastikan tempat kita di pusingan ketiga Piala Dunia tanpa mengharapkan keputusan perlawanan lain. Saya percaya dengan kekuatan dan pemain yang kita ada,” katanya jurulatih dari Republik Czech itu pada sidang media di Bishkek, semalam.

Kyrgyzstan yang menghuni ranking 100 dunia ketika ini berkongsi sembilan mata bersama Oman selepas masing-masing mencatatkan tiga kemenangan dan satu kekalahan daripada empat aksi diharungi.

Senario itu berbeza buat skuad Harimau Malaya yang menang dua aksi dan dua kekalahan untuk mengumpul enam mata selepas empat aksi, untuk berada di tangga ketiga.

Jika menang, peluang pasukan negara untuk melepasi peringkat kedua dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 cukup cerah apabila dijangka mudah menundukkan Taiwan dalam aksi terakhir di Bukit Jalil, Selasa depan.

Namun sekiranya tewas malam ini, maka harapan ke Piala Dunia akan berkubur dan skuad negara perlu mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bagi memburu slot di kejohanan itu yang dijadual berlangsung di Arab Saudi nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN