PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tidak mengambil masa rehat yang lama walaupun masih segar dengan kekalahan kepada lawannya dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam Kejohanan ONE Championship di Bangkok, kelmarin. Johan yang mesra disapa Jojo tewas menerusi kiraan mata selepas pertarungan tiga pusingan kategori flyweight sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan. Bagaimanapun, jurulatihnya, Addy Singpayak hanya memberi tempoh rehat kepada Jojo…