Jerman dahaga juara kumpulan

Jerman dahaga juara kumpulan

PENGENDALI Jerman, Julian Nagelsmann (kanan) bersama penyerang veteran Thomas Mueller dalam latihan pasukan di Herzogenaurach, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jerman semakin garang mahu memburu tiga kemenangan berturut-turut menentang Switzerland pada awal pagi esok sekali gus mahu menjuarai Kumpulan A Euro 2024.

Percaturan Jerman mudah buat Julian Nagelsmann yang mahu mendapat lawan yang lebih mudah pada pusingan 16 terbaik selepas ini.

Jerman hanya memerlukan keputusan seri menentang Switzerland yang masih belum mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati, malah mahu mengelak menghuni tangga kedua untuk menentang pasukan kedua terbaik Kumpulan B.

“Muncul juara kumpulan adalah penting. Kami mahu memenangi semua perlawanan kami. Saya rasa penting untuk mempunyai seberapa ramai pemain daripada kesebelasan utama di atas padang supaya kita mampu mengekalkan rentak permainan.

“Jangan letak harapan akan ada tujuh perubahan dalam pasukan. Saya boleh menafikannya sekarang,” kata Nagelsmann.

Jika Jerman bertemu pasukan Kumpulan B ia menjadi jalan yang sukar berikutan dianggaotai  Itali, Sepanyol, Croatia dan Albania.

Juara kumpulan menjadi pilihan Nagelsmann kerana mereka akan mendapat laluan yang lebih mudah untuk menentang pasukan kedua terbaik Kumpulan C yang terdiri daripada England, Denmark, Slovenia dan Serbia.

Untuk rekod, kali terakhir Jerman mengungguli kejohanan utama adalah pada Piala Dunia 2014 di Brazil. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN