FRANKFURT: Pemain Denmark perlu lebih waspada dengan bintang England seperti Harry Kane yang akan mereka temui dalam saingan Kumpulan C Euro 2024 malam ini. Denmark seri 1-1 dengan Slovenia, manakala England menang 1-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan, dengan Jude Bellingham menjaringkan gol dan Kane, Bukayo Saka serta Phil Foden memberikan kesukaran kepada pertahanan Serbia. Pertahanan Denmark, Jannik Vestergaard, 31, berkata, barisan pemain Denmark tidak boleh terlalu menghormati England…