City tawar Foden gaji tertinggi 

City tawar Foden gaji tertinggi 

Perjanjian baharu bersama Manchester City akan mengikat Phil Foden sehingga hari lahirnya yang ke-30 pada 2030.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain sayap Manchester City, Phil Foden bakal menjadi pemain England  dengan bayaran tertinggi musim ini selepas Manchester City dilaporkan bersedia menawarkan pemain berusia 24 tahun itu kontrak baharu bernilai 375,000 pound seminggu (RM2.24 juta).

Perjanjian itu dilaporkan akan mengikatnya sehingga hari lahirnya yang ke-30 pada 2030.

Dengan kecederaan yang menimpa Kevin De Bruyne, Foden melangkah sebagai pemain kreatif utama City musim lalu, memainkan peranan utama ketika pasukan kendalian Pep Guardiola memperoleh gelaran Juara keempat berturut-turut.

Foden telah  menjaringkan 19 gol Liga Perdana dan menyumbang lapan bantuan gol sepanjang perjalanan ke gelaran keenam dalam kerjayanya yang luar biasa dan dinamakan Pemain Terbaik FWA buat kali pertama.

Pada tahun 2022, Foden mengikat kontrak  jangka panjangnya dengan The Citizens dengan  dengan kontrak lima tahun bernilai lebih 200,000 pound  seminggu (RM1.9 juta) termasuk bonus.

Bagaimanapun, City dikatakan bersedia menawarkan perjanjian baharu yang jauh lebih baik pada musim panas ini.

Menurut laporan The Sun, kelab itu bersedia untuk memberi ganjaran kepada prestasi baharunya dengan memberikannya kontrak yang akan meletakkannya setaraf dengan pemain seperti De Bruyne dan Erling Haaland.

Sebelum memulakan usaha mempertahankan gelaran sekali lagi dengan City, Foden dijangka akan menjadi bintang untuk pasukan England kendalian Gareth Southgate di Euro 2024. 

Bercakap menjelang perlawanan pembukaan Three Lions menentang Serbia pada Ahad ini, beliau menegaskan bahawa keharmonian England sebagai satu pasukan akan menjadi kunci jika mereka mahu menamatkan 58 tahun kesakitan di Jerman.

“Lihat, sebagai contoh, seorang pengurus baharu masuk ke dalam pasukan dan terdapat pemain baharu.

“Kadang-kadang untuk musim itu ia tidak akan berkesan sehingga mereka belajar antara satu sama lain. Saya rasa itulah yang pengurus telah bina dengan England, membangun hubungan.

“Selama beberapa musim lalu kami semakin baik sebagai satu pasukan. Kerana anda tidak berada di sana lama, ia mengambil sedikit masa lagi. Saya melihat pasukan sebagai sangat kuat sekarang dan memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

“Kadang-kadang dalam perlawanan besar itu bola sepak adalah margin kecil. Momen besar. Seorang pemain boleh mencipta sesuatu daripada tiada apa-apa atau sesuatu yang bertentangan dengan anda,” kata Foden. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN