Belgium nyala semula harapan - Tedesco

Belgium nyala semula harapan – Tedesco

PEMAIN Beligium meraikan kemenangan mengatasi Romania 2-0 dalam aksi Euro 2024 di Cologne, pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
COLOGNE: Domenico Tedesco yakin Belgium memiliki peluang besar di Euro 2024 selepas memulakan kempen kemenangan pertama 2-0 ke atas Romania pagi tadi.
Kemenangan itu membolehkan Belgium terselamat daripada penyingkiran selepas Youri Tielemans meletakkan pasukan di depan dan Kevin De Bruyne merembat jaringan kedua sebelum permainan tamat.
Belgium yang akan menentang Ukraine dalam aksi terakhir kumpulan minggu depan yakin mereka mampu melangkah ke saingan kalah mati.
“Kami memiliki potensi besar. Mungkin perlawanan terakhir kumpulan agak sengit. Tapi kami yakin akan menang. Pada masa ini sangat penting untuk kami meraih tiga mata dan kami berjaya mengendurkan sedikit tekanan dan saya gembira.
Sementara itu, pengendali Romania, Edward Lordanescu akur pasukannya gagal menandingi Belgium, malah kesal beberapa peluang yang hadir gagal dimanfaatkan.
“Anda menyaksikan mereka (Belgium) bermain, ia berkualiti dan larian yang laju. Mereka menguasai permainan. Sebab itu mereka menduduki tangga ketiga dunia. Mereka berpeluang menjulang trofi.
“Kami tidak bermula dengan baik tetapi kami bermain bersungguh-sungguh. Kalau ad sedikit nasib mungkin kami akan meraih mata,” katanya.
Romania yang menewaskan Ukraine 3-0 dalam aksi pertama masih mempunyai harapan untuk layak ke saingan kalah mati buat pertama kali dalam tempoh 24 tahun apabila menentang Slovakia dalam aksi terakhir kumpulan. – AFP/UTUSAN 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN