MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag berminat untuk kembali ke kelab lamanya, Ajax sekiranya dipecat oleh The Red Devils pada musim panas ini. Ketika ini, pengendali dari Belanda itu berdepan tekanan di pelbagai peringkat semasa musim keduanya menerajui Old Trafford kerana gagal memberi impak yang diharapkan. Biarpun layak ke final Piala FA dua kali berturut-turut, Ten Hag dilihat gagal untuk membawa United memberi cabaran di Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa era kejurulatihannya. Untuk musim ini, United juga berisiko terlepas kelayakan Liga Juara-Juara selain tersingkir di pertandingan yang sama pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya