KENYATAAN Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang meminta jentera parti membuka bilik gerakan (war room) di enam kawasan Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang wakil rakyatnya menyokong Perdana Menteri, memberi petanda pilihan raya kecil (PRK) boleh berlaku. Di Perak jika berlaku PRK, ia melibatkan dua Ahli Parlimen Bersatu iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen…










