KUALA NERUS: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, mengakui impak pemain gantian menyelamatkan maruah Sang Penyu daripada dimalukan Perak pada aksi Liga Super, malam kelmarin. Menurut jurulatih kelahiran Croatia itu, TFC beraksi di bawah prestasi sebenar dengan gerakan yang serba tidak menjadi selain kesilapan mudah yang nyaris dihukum skuad The Bos Gaurus. Namun beliau menarik nafas lega apabila kemasukan Nik Sharif Haseefy, Engku Nur Shakir Engku Yacob dan penyerang ‘bidan…










