PETALING JAYA: Tirai Liga Malaysia (Liga M) akan disingkap secara rasmi pada hari ini dan tumpuan peminat bola sepak tempatan pastinya akan terarah untuk menilai pasukan mana yang mampu mencabar Johor Darul Ta’zim (JDT). Liga Super musim 2024/2025 akan melibatkan 13 pasukan dan pastinya, JDT sekali lagi dilabel sebagai calon utama untuk bergelar juara selepas menjulang trofi Liga Super buat kali ke-10 musim lalu. Dengan ramuan juara yang dimiliki sejak…










