MASUM 2024: Skuad Bola baling UITM belasah UKM 25-7

MASUM 2024: Skuad bola baling UiTM belasah UKM 25-7

TIGA pemain Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakukan hadangan bagi menghalang pemain Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhammad Nazirul Hazim Asmuni menjaringkan gol dalam aksi bola baling Karnival Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 2 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam. UiTM menewaskan UKM 27-5. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan bola baling Universiti Teknologi Mara (UITM) bermula langkah kanan apabila membelasah Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) 25-7 dalam pertama perlawanan pembukaan Karnival Sukan MASUM 2024 Fasa 2 di Universiti Malaya (UM), semalam.

Ketua Jurulatih UiTM, Muhd Khairul Hafidzin Abd Wahab berkata, walaupun pasukannya berjaya meraih kemenangan selesa, namun beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.

“Setakat ini saya masih lagi tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan saya yang mana saya melihat masih tiada lagi kesepakatan dan taktikal yang saya mahukan, saya berharap mereka boleh memperbaiki persembahan mereka,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Khairul yang juga bekas pemain bola baling kebangsaan berkata, pasukan kendaliannya beruntung kerana kesilapan yang dilakukan oleh pihak lawan memberi ruang kepada mereka untuk mendominasi permainan dan seterusnya menjaringkan gol dengan jumlah yang banyak.

“Saya boleh katakan, kami beruntung kerana pasukan lawan banyak melakukan kesilapan pada awal permainan dengan memberi banyak ruang kepada kami untuk mencipta serangan,”jelasnya.

Dalam pada itu, beliau optimis pasukan kendalianya mampu mempertahankan kejuaraan yang pernah dirangkul pada edisi lepas.

“Saya yakin kita mampu mempertahankan kejuaraan namun untuk mempertahankan kejuaraan itu bergantung pada disiplin pemain itu sendiri dalam mengekalkan rentak permainan yang baik dalam setiap perlawanan.

“Saya melihat pasukan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) merupakan pencabar terkuat kami untuk edisi kali ini kerana saya melihat strategi yang dipamerkan oleh UPSI sangat baik dan itu perlu kami ambil perhatian sekiranya kami bertemu dengan mereka,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Bola Baling UiTM merupakan juara bertahan bagi acara tersebut dalam Karnival Sukan MASUM 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN