LONDON: Manchester City semakin yakin mempertahankan gelaran juara selepas membelasah Fulham 4-0 sekali gus mendahului pungutan mata Liga Perdana Inggeris. Josko Gvardiol menyumbat dua gol manakala Phil Foden dan Julian Alvarez masing-masing dengan satu jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Craven Cottage. Buat masa ini, kelab kendalian Pep Guardiola mengatasi Arsenal berbekalkan kelebihan dua mata, namun Gunners akan bertandang ke Old Trafford untuk menentang Manchester United hari ini. Jika Arsenal gagal menewaskan United, bermakna City sudah boleh meraikan trofi jika menang di Tottenham minggu depan. – AFP/UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya