CHENGDU: Malaysia gagal menambah mata dalam aksi suku akhir Piala Thomas selepas pasangan beregu pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur kepada kepada lawan mereka Takura Hoki-Yugo Kobayashi 18-21, 21-14, 21-19 di sini, semalam menjadikan kedudukan terikat 1-1 setakat ini. Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia menghadiahkan mata pertama skuad negara apabila mencatat kemenangan mudah ke atas pemain No. 11 dunia, Kenta Nishimoto 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.…










