KUALA NERUS: Masalah kecederaan serta insiden menimpa Akhyar Rashid merumitkan persiapan Terengganu FC (TFC) menjelang kunjungan Perak bagi aksi pembuka tirai Liga Super 2024/25, malam ini. Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner, berkata, sekurang-kurangnya tiga tonggak terpaksa diketepikan akibat kecederaan termasuk ayam tambatan, Ivan Mamut dan bek tengah, Matthew Steenvoorden. Steinbruckner berkata, dua pemain import itu memerlukan minimum tiga sehingga empat minggu lagi untuk pulih manakala Akhyar pula diharap dapat kembali selepas menentang…










