SHAH ALAM- Kulit paha pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim antara cadangan yang boleh digunakan untuk menampal bahagian badannya yang melecur terutama lengan dan rusuk kiri. Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair berkata, proses itu kebiasaannya menjadi pilihan untuk rawatan membabitkan penutupan anggota badan yang cedera seperti terkoyak atau melecur. “Bagaimanapun, pakar bedah akan menentukan kulit bahagian mana yang akan diambil selepas pemeriksaan dibuat.…










