Kejayaan ikat Sabah beri Penang FC suntikan moral

Kejayaan ikat Sabah beri Penang FC suntikan moral

SKUAD Penang FC berlatih menjelang pertemuan menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kejayaan membawa pulang satu mata berharga dari Stadium Likas selepas terikat tanpa jaringan dengan Sabah dalam aksi pertama saingan Liga Super minggu lepas memberi suntikan moral yang tinggi kepada Penang FC ketika ini.

Perkara tersebut diakui sendiri pengendali Skuad Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Akmal Rizal berkata, beliau yakin anak-anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik apabila menerima kunjungan Terengganu ma­lam ini dalam misi untuk memungut tiga mata penuh di laman sendiri.

“Secara taktikal­nya, saya rasa berkemungkinan kita akan me­ngekalkan pemain-pemain yang sama ketika beraksi di Sabah tempoh hari.

“Apa pun, saya perlu melihat sesi latihan ter­akhir petang ini (semalam) untuk menilai dan memastikan bahawa hanya pemain yang benar-benar cergas sahaja diturunkan ketika menentang Terengganu nanti.

“Pada masa yang sama, saya juga mengharapkan penyokong dan peminat-peminat Penang FC akan turun beramai-ramai ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada para pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perlawanan menentang Sabah tempoh hari, Akmal Rizal mengambil risiko apabila menurun­kan empat pemain pelapis daripada skuad bawah 23 tahun termasuk tiga daripadanya sebagai pemain gantian untuk bersama skuad senior bagi mengekang asakan Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×