PETALING JAYA: Pelumba remaja negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mengintai keputusan podium kedua menjelang pusingan kedua Red Bull MotoGP Rookies Cup yang kembali ke Le Mans, Perancis, hujung minggu ini. Dua minggu lalu, anak muda berusia 17 tahun itu mencipta kejutan apabila muncul naib juara dalam aksi pembukaan musim di Litar Jerez, Sepanyol. Hakim Danish hampir sahaja menjuarai perlumbaan tersebut, namun, malangnya dia dipintas di garisan penamat yang hanya dipisahkan…










