PETALING JAYA: Atlet gimnastik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisham mengakui hampir putus asa sebelum berjaya merangkul pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Artistik Lelaki Asia 2024 di Tashkent, Uzbekistan, semalam. Atlet berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan di buku lalinya semasa latihan menyebabkan dia hampir menarik diri sebelum bermulanya kejohanan. “Sepuluh minit sebelum kejohanan saya tenangkan diri terlebih dahulu bersama fisioterapi. Akibat kecederaan itu ia mengganggu saya semasa latihan. Ada…