Bekalan beras Sabah cukup sehingga sembilan bulan

Bekalan beras Sabah cukup sehingga sembilan bulan

JAMAWI JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekalan beras di Sabah mencukupi dan berada pada tahap selamat walaupun terdapat laporan kekurangan bekalan di beberapa daerah di Sabah sejak kebelakangan ini.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar berkata, setakat ini stok simpanan beras di negeri ini mampu menampung keperluan rakyat Sabah.

Menurutnya, jumlah tersebut menjadi lebih stabil apabila digabungkan dengan stok perdagangan, stok yang dipegang oleh pemborong dan bekalan beras tempatan yang ada ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika digabungkan dengan stok perdagangan, stok pemborong dan bekalan beras tempatan, jumlah keseluruhan bekalan beras di Sabah boleh bertahan sehingga sembilan bulan,” katanya sebagai maklum balas berhubung isu tersebut.

Susulan itu, kata Jamawi, pihaknya telah berhubung dengan Bernas Negeri Sabah yang bertanggungjawab mengurus serta mengedarkan bekalan beras di negeri ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi tersebut.

Menurutnya, Bernas memaklumkan bahawa bekalan beras adalah mencukupi dan kekurangan yang berlaku di beberapa daerah hanya bersifat sementara.

“Bekalan beras untuk daerah-daerah tertentu yang mengalami kekurangan kini sedang dalam proses penghantaran oleh pembekal yang telah dilantik oleh Bernas,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jamawi meminta orang ramai supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa memantau keadaan bekalan makanan asas di negeri ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini