PERJALANAN waktu seolah-olah terus menawar peluang untuk diisi dengan suasana maju, sejahtera dan harmoni. Rugi membiarkan masa berlalu dengan menyaksikan pertelagahan dan percakaran yang tidak berkesudahan. Namun, demikianlah wajah politik Malaysia yang masih kelihatan. Sepatutnya pihak yang disandar mandat menerajui pemerintahan diberi peluang untuk merencana pembangunan demi kebajikan rakyat dan memajukan negara dengan lancar dan berkesan. Bukan salah sekadar bertindak ‘semak dan imbang’, tetapi jangan sampai mengganggu kestabilan dan terencat…