Acara tahunan Bung Bratak bukti tradisi Bidayuh tidak pupus

Acara tahunan Bung Bratak bukti tradisi Bidayuh tidak pupus

KUMPULAN penari kebudayaan Bidayuh yang turut membuat persembahan semasa acara tahunan Bung Bratak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUNG Bratak, sebuah kawasan bukit yang terletak berdekatan Kampung Tebawang Sauh dalam daerah Bau, kini menjadi antara pusat ekopelancongan mempunyai sejarah yang cukup menarik dan harus diketahui oleh sab suku Bidayuh Jagoi-Bratak.

Pengerusi Persatuan Warisan Bung Bratak (PWBB), Datuk Peter Minos berkata kajian yang beliau sendiri lakukan sejak 1990  menunjukkan lebih lebih kurang 750 tahun yang lalu mendapati sekumpulan penduduk dari Sungkong, Kalimantan Barat, Indonesia berhijrah ke Bung Bratak.

Namun, katanya tidak pasti sama ada mereka berhijrah kerana menjauhkan diri dari wabak penyakit, mencari kawasan untuk penanaman padi atau melarikan diri daripada beberapa konflik yang serius di  Sungkong.

“Mereka tiba dan menetap di Bung Bratak kerana di situ terdapat mata air dan air terjun, selain kesesuaian Bung Bratak yang tidak terlalu tinggi yang membolehkan mereka menanam padi di kawasan kaki bukit.

“Selama berabad-abad orang Bung Bratak hidup dengan aman dan tenteram sehingga perkampungan itu diserang oleh musuh pada tahun 1837.

“Dalam kejadian itu rumah panjang penduduk dibakar, penghuni tua dibunuh manakala wanita dan kanak-kanak dibawa lari oleh penceroboh,” kata Peter kepada Utusan Malaysia.

Malah Peter menambah, salah seorang daripada penduduknya, iaitu Panglima Kulow bersama beberapa penduduk lain terselamat daripada serangan dahsyat itu kerana ketika kejadian mereka  berada di huma padi masing-masing.

“Berikutan serangan itu, Panglima Kulow, pada 1841 memohon bantuan daripada Rajah British pertama Sarawak, James Brooke yang kemudian bersetuju menghulurkan bantuan.

“Dengan menaiki perahunya dan bersenjatakan meriam angkatan Brooke pergi ke perkampungan penceroboh untuk berunding dan membawa pulang penduduk Bung Bratak yang ditawan oleh musuh selama lebih tiga tahun,” jelasnya.

Pada tahun 1842, Bung Bratak bangkit semula, namun pada 1890 penduduknya berpindah secara besar-besaran ke kawasan tanah rendah di sekitar daerah Bau dan Lundu.

Menurut Peter, penduduk yang berpindah dari Bung Bratak menubuhkan 35 buah kampung baharu di daerah Bau dan Lundu serta lima kampung baharu di kawasan Jagoi Babang di Kalimantan Barat, iaitu berhampiran Serikin.

Kumpulan penduduk yang terakhir berpindah dari Bung Bratak kemudian menubuhkan Kampung Tembawang Sauh dan Kampung Jugan, iaitu di kawasan bawah bukit Bung Bratak dan Kampung Bowang di daerah kecil Penrissen.

Peter yang juga penduduk Kampung Stenggang, Bau berkata nenek moyang beliau juga berasal dari Bung Bratak.

“Sejarah Bung Bratak ini berdasar maklumat yang peroleh hasil temu bual saya dengan orang-orang tua, penulis Inggeris abad ke-19, dari buku lama Jabatan Muzium Sarawak dan

penyelidikan yang saya lakukan di Sungkong, Kalimantan pada 1990,” kata Peter.

Kisah silam Bung Bratak sangat menarik dan harus diketahui generasi baharu terutama dalam kalangan mereka yang suku kaum Jagoi- Bratak.

Bagi memperingati Bung Bratak sebagai penempatan asal masyarakat Jagoi-Bratak, Peter berkata PWBB telah mengambil inisiatif membina Pusat Warisan Bung Bratak, yang merupakan

kebanggaan bagi masyarakat Bidayuh, khususnya untuk sab suku Jagoi- Bratak.

Bung Bratak terletak di Batu 6, Jalan Lundu-Bau dibina bertujuan mengekalkan tradisi masyarakat Bidayuh Jagoi-Bratak dan kini merupakan pusat warisan komuniti Bidayuh dan lokasi tarikan utama pelancong di Sarawak dengan panorama indah semula jadi dan memberi impak kepada ekonomi tempatan.

 

SAMBUTAN

Menurut Peter, pada 1 Mei setiap tahun PWBB turut mengadakan Hari Bung Bratak yang dihadiri masyarakat Bidayuh dan pelancong dari luar negara.

Acara tahunan ini berlangsung di Pusat Warisan PWBB yang terletak di puncak bukit Bung Bratak pada ketinggian 161 meter dari paras laut.

Peter berkata sambutan pada tahun ini dimeriahkan dengan beberapa aktiviti termasuk persembahan tarian dan muzik kebudayaan kaum Bidayuh oleh kumpulan kebudayaan daripada suku kaum Bidayuh Bratak-Jagoi.

Pengunjung juga dijamu dengan pelbagai hidangan makanan dan minuman suku kaum Bidayuh.

Selain itu, turut diadakan permainan tradisional yang menampilkan peserta dari Kampung Jugan dan kawasan Krokong yang berjaya menarik ribuan pengunjung termasuk warga Eropah.-UTUSAN

 

COWEN Linch ialah Koresponden Utusan Malaysia Sarawak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya