UiTM juara Masum Fasa 1

UiTM juara Masum Fasa 1

Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Masum Fasa 1 di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan mereka sukar digugat apabila muncul juara Karnival Sukan Masum Fasa 1 2024 yang yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kejohanan Fasa 1 yang bermula 22 April dan berakhir kelmarin itu menyaksikan UiTM berjaya meraih 29 pingat emas, 13 perak dan 11 gangsa, sekali gus berada di tangga teratas daripada 20 universiti yang bertanding.

Naib juara keseluruhan pula menjadi milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meraih 11 emas, 10 perak dan 11 gangsa manakala, Universiti Putra Malaysia (UPM) di tempat ketiga dengan 6 emas, 10 perak dan 11 gangsa.

Untuk rekod, Karnival Sukan Masum Fasa 1 yang berlangsung di UMS itu melibatkan tujuh acara sukan iaitu memanah, taekwondo, bola tampar pantai, petanque, silat, ping pong dan juga catur.

“Tahniah kontinjen UiTM, juara keseluruhan Karnival Sukan Masum Fasa 1 2024 di UMS. Semoga kejayaan diteruskan pada Fasa 2 di Unversiti Malaya (UM) pada 6 hingga 12 Mei,” kata Pusat Sukan UiTM di laman sosial Facebook, semalam.

Kejayaan muncul juara keseluruhan fasa itu pastinya memberi semangat kepada kontinjen UiTM untuk terus menguasai Karnival Sukan Masum Fasa 2 yang akan berlangsung di Universiti Malaya (UM) pada 6 hingga 12 Mei ini.

Sebanyak 10 sukan dipertan­dingkan pada Fasa 2 iaitu badminton, bola jaring, bola baling, bola keranjang, boling padang, sofbol, tenis, karate, skuasy dan ragbi tujuh sebelah.

Sekiranya berjaya muncul juara keseluruhan pada Fasa 2, kontinjen UiTM akan melakar sejarah tersendiri dengan me­raih gelaran juara buat kali kelima berturut-turut selepas menguasai karnival itu pada 2018. 2019, 2022 dan 2023.

Edisi 2020 dan 2021 tidak dipertandingkan kerana pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×