KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sekali lagi berdepan dengan ketidakpastian untuk bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 hujung bulan ini.
Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, pemain berusia 24 tahun itu akan menjalani imbasan pengimejan resonan magnetik (MRI) bermula semalam untuk menilai keadaan tubuh fizikalnya.
Bagaimanapun, Rexy berdepan dengan ragu-ragu sama ada kecederaan semasa Tze Yong adalah sama seperti kecederaan sebelum ini ketika Terbuka Malaysia Januari lalu.
“Pagi semalam, Hendrawan (jurulatih perseorangan lelaki negara) maklumkan kepada saya bahawa Tze Yong akan menjalani satu lagi imbasan MRI. Saya akan berbincang dengan pihak pentadbiran mengenai kelayakan Tze Yong untuk Piala Thomas.
“Keputusan terletak pada pemain. Adalah penting bahawa pemain itu sendiri mengesahkan kesediaannya untuk bersaing. Jika tidak, semua pihak, termasuk pihak atasan, akan terbiar, kerana akhirnya pemain yang melaksanakan tugas, bukan pengurusan atau jurulatih.
“Setakat ini, saya tidak boleh beri kata putus penyertaannya dalam Piala Thomas sehingga kami menerima laporan MRI dan mengumpul maklumat lanjut,” katanya..
Sementara itu, Rexy turut mendedahkan pemain kelahiran Johor itu disenaraikan ke Piala Thomas berikutan beliau menyatakan keinginannya untuk mengambil kejohanan terbabit.
Jika namanya akan digugurkan daripada pasukan, barisan kejurulatihan perlu mempertimbangkan pengganti yang sesuai untuk Tze Yong.
“Hendrawan beritahau bahawa Tze Yong sendiri tidak sabar untuk bermain. Hendrawan menyatakan doktor di Institut Sukan Negara (ISN) tidak pasti tentang keadaan semasa Tze Yong.
“Bagaimanapun, pengganti Tze Yong tetap ada menerusi Eogene Ewe nampaknya adalah calon yang layak, namun semuanya masih belum dapat dipastikan lagi,” tambah Rexy.
Skuad badminton negara bakal menghadapi laluan berliku apabila diundi dengan juara edisi 2016 lalu, Denmark bersama Hong Kong dan Algeria dalam kumpulan pada saingan Piala Thomas 2024, 28 April ini. – UTUSAN










