KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengusul satu resolusi kepada kerajaan untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, semua persatuan sukan Malaysia sebulat suara menyokong berkenaan ketetapan itu dan akan menghantar satu surat kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk diperkenankan. “Perkara yang kami bincang hari ini berkenaan satu resolusi yang disokong oleh semua persatuan sukan negara…










