PETALING JAYA: Tiada memberi sebarang impak, itu yang boleh dikatakan tentang penampilan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin di pentas Piala Asia bawah 23 (B-23) yang sedang berlangsung di Doha, Qatar ketika ini. Penilaian berdasarkan dua perlawanan awal skuad B-23 ketika tewas 0-2 kepada Uzbekistan dan Vietnam, Luqman dilihat tidak menyerlah dan gagal untuk menggunakan pengalamannya beraksi di luar negara sejak beberapa musim lalu. Penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan…

 
								 
											









