KUALA LUMPUR: Suatu pendekatan baharu mesti dirangka bagi menjamin hala tuju Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk lebih aktif sejak merehatkan kegiatan utamanya pada tahun 2017. Persatuan itu yang terkenal melahirkan ramai pemain kriket kebangsaan menerusi Program Pembangunan Kriket Nasional telah menamatkan pembabitan tujuh tahun lepas dengan kini hanya tertumpu kepada penganjuran kejohanan terutamanya saingan kriket antara negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Raja Tan Sri Arshad…










