PETALING JAYA: Selepas lima tahun Datuk Nicol David bersara, Malaysia akhirnya menemukan pengganti yang layak mengisi kekosongan tempat ratu skuasy negara itu. Kejayaan S. Sivasangari merangkul gelaran Skuasy Klasik London yang berstatus gold di GillenMarkets London, England, kelmarin diraikan oleh seluruh warga Malaysia. Pemain berusia 25 tahun itu membenam bintang No. 2 dunia, Haniaa El Hammamy dari Mesir 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam aksi yang berlanjutan satu jam 21…










