PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan mengkritik segelintir pemain yang didakwa mementingkan penampilan fesyen berbanding memperbaiki prestasi masing-masing sehingga gagal membantu skuad bawah 23 (B-23) mara ke suku akhir Piala Asia B-23. Kekalahan dalam tiga perlawanan dan tersingkir dengan cara memalukan apabila gagal membawa pulang sebarang mata di pentas Piala Asia B-23 menimbulkan rasa tidak senang sehingga mengundang peminat bola sepak di negara ini mempersoalkan persiapan dan kredibiliti skuad negara…










